COOLPIX P310

COOLPIX P310 ialah model kamera digital keluaran Nikon yang diperkenalkan pada 31 Januari 2012, bagi menangani keadaan cahaya suram dengan penderia CMOS Cahaya Belakang ("Backside Illuminated-BSI") 16.1-megapixel yang maju bersama bukaan aperture maksima f/1.8, dan kanta kaca NIKKOR.Untuk meningkatkan lagi kualiti gambar dan menangani cabaran keadaan cahaya malap, kamera COOLPIX P310 memasukkan penderia 16.1-megapiksel BSI CMOS yang maju. Menggunakan prestasi pengambaran berterusan kelajuan tinggi (menangkap lima gambar pada resolusi penuh sesaat) pada penderia CMOS dan fokus automatik (AF), COOLPIX P310 memudahkan mengambil gambar walaupun secara seimbas lalu.